Banyak topeng yang telah kau padamkan ..
Banyak harapan kawan kau hancurkan ...
Banyak talam dan kau wajah- wajahkan ..
Sejak form 1 lagi , aku sudah perhatikan ' C ' . Pada mulanya , aku ingin berkenalan dengannya , tapi aku rasa malu . Ye lah , sebelum ini aku tak pandai berkomunikasi sangat .
Tanggal 8 Zulkaedah merupakan tarikh bersejarah yang tidak mungkin dapat aku lupakan dalam memori ingatanku . waktu itu , aku berumur 16 tahun . aku mula mengenali ' C ' melalui seorang kawan bernama Jack yang boleh dikatakan akrab denganku . Jack beriya - iya mengenalkan ' C ' kepada aku .
Pada mulanya aku berasa malu dan takut . namun , setelah mendampingi dan mendalami 'C' , aku pula yang lebih mengenalinya . Aku seakan- akan tertarik dengannya . Tanpa aku sedari , diam tak diam , aku telah jatuh cinta kepada ' C ' . Semenjak hari tuh hubungan kami semakin erat . kami seolah olah sepasang kekasih . Kami sentiasa bersama . Tak kira lah kadang kadang sebelum ke dewan makan , masjid , sehingga kami digosipkan berdua . Kadang kadang sebelum di sekolah kami selalu bertemu di tempat yang sulit bagi mengelak daripada hubungan kami diketahui oleh orang . Untuk pengetahuan kalian semua , we love each other <3 Namun hubungan kami tak berkekalan . Betullah kata orang melayu ' SEPANDAI PANDAI TUPAI MELOMPAT AKHIRNYA JATUH KE TANAH JUGA . Kami telah ditangkap oleh seorang pengawas ketika bersama di blok belakang sekolah . Aku dipanggil ke bilik pengetua dan aku dipaksa melupakan dia ? Mampukah aku melupakan dia hanya sekelip mata ?
Semenjak itu , aku terus diburu kegelisahan . Hatiku semakin tidak tenang , Hatiku amat rin du padanya .... Aku sudah tidak dapat mengahadapi kenyataan ini . Aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengannya . Akhirnya , alhamdulilah , aku berjaya bertemu dengannya . Hari ku ceria semula seperti dulu kala :)
Takkan ku sangka ' C ' yang aku kenal telah musnahkan hidupku .. Hidupku selamanyaaaaa !!!! Aku mengalami sakit paru paru , kerana 'C' lah aku dimasukkan ke hospital . Aku terus break up dengan ' C ' Aku rasa sebak dan sedih tak terhingga , Hanya air mata yang memahami rintihan aku .
Di sini aku nak mengambil kesempatan untuk menasihatkan kawan kawan agar jangan mendampingi ' C ' kerana dia sangat berbahaya !! Fikir jasa ibu bapa kita , ' C ' hanya merosakkan masa depan kita . ' C ' yang aku ceritakan tak lain tak bukan ... arghhhhhhhhhh !! Ci garette ( Rokok )
#Amik iktibar :)


No comments:
Post a Comment