JellyPages.com
Blogger Templates

Thursday, April 5, 2012

Rahsia Makanan kegemaran :)

Assalamualaikum ~ :D & Salam sejahtera . Hihihihihi .
Jom kita investigation !

Hasil kajian yang dilakukan oleh sekumpulan pakar prikologi barat mendapati bahawa makanan kegemaran individu boleh mencerminkan keperibadian seseorang . Dengan mengetahui makanan kesukaan individu , kamu boleh mempelajari dan mengetahui keperibadian seseorang yang bakal kau hadapi itu . Berikut ada beberapa kateria keperibadian yang boleh kamu ketahui menerusi makanan kegemarannya :)

Masin :
Secara teori , individu ini mendambakan rasa tenang semasa bayi . Jika kamu menyukai makanan masin , kamu tergolong dalam kategori yang tegas , cenderung untuk bertindak cepat tanpa memikirkan tindakan2 yang bakal dilakukan itu secara teliti . Malah kamu juga suka mengambil risiko dengan apa yang kamu lakukan atau katakan .

Masam :
Individu ini biasanya memiliki semangat dan sentiasa memasang angan - angan yang tinggi dalam hidupnya . Kamu cenderung untuk memikul semua beban di bahu kamu . Namun , kamu tidak pula terlalu memikirkan tentang diri dan kamu sendiri tidak suka memusatkan fikiran terhadap diri sendiri sahaja . kamu terlalu menghargai masa dan berusaha untuk menepatinya . perkara yang kamu lakukan pasti inginkan kesempurnaan .

Pedas :
Menunjukkan kamu seorang yang lebih bersemangat dan bersedia walau apa jua keadaan . Kamu juga seorang yang sangat teliti dan inginkan kesempurnaan . namun , kamu sukar memberikan tumpuan kepada satu cabang tugas saja . ini menunjukkan kamu seorang individu yang tidak suka menangguhkan kerja . Ada kalanya , orang mengatakan kamu pelik , kamu lebih mengutamakan pekerjaan di dalam kehidupan .

Manis :
Jika kamu mengemari rasa manis , kamu dikategorikan sebagai individu yang bijak menyesuaikan diri dan tidak mudah tersinggung atau marah . Kamu akan mengelak dari berlakunya pertelingkaran . Kamu sentiasa berfikiran positif dan merasakan kamu adalah orang yang paling bahagia . Sifat kamu yang ada kalanya boleh menimbulkan rasa iri hati individu yang berada di sekeliling kamu . Namun kamu tidak suka memperbisarkan sesuatu masalah yang dihadapi demi untuk menjaga imej .

#Anda tergolong di mana ? :D

No comments:

Post a Comment